6 DIMENSI
NIKMAT vs DIMENSI AZAB
SAYA INGIN SHARE
SATU SURAH IAITU SURAH AL-LAYL AYAT
14-16. Yang akn mengingatkan kita tentang nikmat dan azab. =)
14 – “Maka Aku
memberi amaran kepada kau dengan neraka yang menyala-nyala.”
15 – “Tidak ada
yang masuk ke dalamnya kecuali mereka yang paling celaka.”
16 - “Itulah
mereka yang mendustakan kebenaran dan berpaling daripada keimanan.”
Elak 6 azab.
Al-Imam Ibn
Kathir m’huraikan KEDAHSYATAN isi neraka dan azabnya dgn memetik khutbah al-Nu’man bin Bashyir yg menulangi
peringatan Nabi SAW yg brmaksud:
“sesungguhnya
seringan-ringan seksaan penghuni neraka pada hari kiamat ialah seseorang yang
diletakkan di bawah sua telapak kakinya bara api nerakasehingga mendidih otak
yang ada di dalam kepalanya. Dia menyangka bahawa tidak ada orang lain yang
lebih dahsyat seksaan daripadanya, sedangkan dia ialah orang yang paling ringan
seksaannya”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Inilah hadis
Baginda SAW yg menceritakan kaitan antara neraka dgn tapak kaki. Sungguh saya
katakan, sgt menggerunkan hati bg mereka yg beriman kepada Allah dan hari
kiamat. Ibn Kathir menyatakan lg penghuni neraka merupkn golongan yg paling
celaka dan diazab degn azab enam dimensi. Ianya adalah penghuni neraka diazab
dgn api drpd semua penjuru, sama ada dari atas, bawah, kiri, kanan, depan dan
belakang yang mengepung mereka.
Dalam hal ini,
Rasulullah s.a.w pernh bersabda yg bermaksud: “Setiap daripada kalangan umatku
akan masuk ke dalam syurga kecuali mereka yang enggan. Para sahabat bertanya:
‘siapakah yang enggan itu.?’ Jawab Nabi SAW: ‘Sesiapa yang mentaati aku, maka
akan masuk ke syurga. Sesiapa yang bermaksiat (mengingkari) maka dia enggan
masuk ke dalam syurga.” (Riwayat al-Buhakri)
Hayati 6 Nikmat
Adkh kita ada
lagi keberanian utk memijak lantai neraka??? Azabnya yg paling ringan pun mmpu
menggelagakkan otak , inikan pula azab-azab yg lain. sedangkan serpihan bara
dunia pun boleh buat kita menjerit,
terlolong kesakitan, inikan pula bara api neraka. Oleh itu, marilah sama-sama
kita kukuhkan iman dengan menunjuangi enam rukun iman.
Inilah
prkatikal enam rukun iman. Keyakinan jitu kepada Allah, Para malaikat,
kitab-kitab yang diturunkan-Nya dan juga Rasul-NYa. Disamping menyakini hari
akhirat dan berusaha untuk bahagia di sana. Reda dengan segala ketentuan qada
dan qadar drpd Allah dan yakin itu yg terbaik buat kita semua. Inilah nikmat 6
dimensi yg merupkn aplikasi dlm konteks keimanan seorg hamba yg bakal
membuatnya terselamat dari api neraka dan dinobatkan sebagai golongan
al-atqa(paling bertaqwa). Mereka bakal berbahagia di akhirat nanti.
Wallahuaklam. =)

subhanallah. sesungguhnya azab yang Allah bagi tidak terkata dahsyatnya walaupun yang paling ringan sekali. kita sebagai hambanya haruslah melakukan perintahnya dan meninggalkan larangannya yang pasti, bagi mendapatkan syurga yang kekal abadi. good sharing 'chingu' :)
ReplyDeletemaka dari itu, kita haruslah mengingatkan diri dan sekeliling agr sentiasa m'ingatiNya .. Allah Rabbi ..
ReplyDeleteMasyaAllah..takot untuk membaca..tp perlu untuk diketahui..sesungguhnya Allah itu Maha Segalanya.. semoga kita akan terus beriman dan menjaga hati dan akhirnyer ke syurga yang abadi.. InsyaAllah...
ReplyDelete