Tuesday, 24 September 2013

6 DIMENSI NIKMAT  vs DIMENSI AZAB


SAYA INGIN SHARE SATU SURAH IAITU SURAH AL-LAYL  AYAT 14-16. Yang akn mengingatkan kita tentang nikmat dan azab. =)
14 – “Maka Aku memberi amaran kepada kau dengan neraka yang menyala-nyala.”
15 – “Tidak ada yang masuk ke dalamnya kecuali mereka yang paling celaka.”
16 - “Itulah mereka yang mendustakan kebenaran dan berpaling daripada keimanan.”

Elak 6 azab.
Al-Imam Ibn Kathir m’huraikan KEDAHSYATAN isi neraka dan azabnya dgn memetik  khutbah al-Nu’man bin Bashyir yg menulangi peringatan Nabi SAW yg brmaksud:
“sesungguhnya seringan-ringan seksaan penghuni neraka pada hari kiamat ialah seseorang yang diletakkan di bawah sua telapak kakinya bara api nerakasehingga mendidih otak yang ada di dalam kepalanya. Dia menyangka bahawa tidak ada orang lain yang lebih dahsyat seksaan daripadanya, sedangkan dia ialah orang yang paling ringan seksaannya”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Inilah hadis Baginda SAW yg menceritakan kaitan antara neraka dgn tapak kaki. Sungguh saya katakan, sgt menggerunkan hati bg mereka yg beriman kepada Allah dan hari kiamat. Ibn Kathir menyatakan lg penghuni neraka merupkn golongan yg paling celaka dan diazab degn azab enam dimensi. Ianya adalah penghuni neraka diazab dgn api drpd semua penjuru, sama ada dari atas, bawah, kiri, kanan, depan dan belakang yang mengepung mereka.
Dalam hal ini, Rasulullah s.a.w pernh bersabda yg bermaksud: “Setiap daripada kalangan umatku akan masuk ke dalam syurga kecuali mereka yang enggan. Para sahabat bertanya: ‘siapakah yang enggan itu.?’ Jawab Nabi SAW: ‘Sesiapa yang mentaati aku, maka akan masuk ke syurga. Sesiapa yang bermaksiat (mengingkari) maka dia enggan masuk ke dalam syurga.” (Riwayat al-Buhakri)

Hayati 6 Nikmat
Adkh kita ada lagi keberanian utk memijak lantai neraka??? Azabnya yg paling ringan pun mmpu menggelagakkan otak , inikan pula azab-azab yg lain. sedangkan serpihan bara dunia  pun boleh buat kita menjerit, terlolong kesakitan, inikan pula bara api neraka. Oleh itu, marilah sama-sama kita kukuhkan iman dengan menunjuangi enam rukun iman.

Inilah prkatikal enam rukun iman. Keyakinan jitu kepada Allah, Para malaikat, kitab-kitab yang diturunkan-Nya dan juga Rasul-NYa. Disamping menyakini hari akhirat dan berusaha untuk bahagia di sana. Reda dengan segala ketentuan qada dan qadar drpd Allah dan yakin itu yg terbaik buat kita semua. Inilah nikmat 6 dimensi yg merupkn aplikasi dlm konteks keimanan seorg hamba yg bakal membuatnya terselamat dari api neraka dan dinobatkan sebagai golongan al-atqa(paling bertaqwa). Mereka bakal berbahagia di akhirat nanti.


Wallahuaklam. =)

3 comments:

  1. subhanallah. sesungguhnya azab yang Allah bagi tidak terkata dahsyatnya walaupun yang paling ringan sekali. kita sebagai hambanya haruslah melakukan perintahnya dan meninggalkan larangannya yang pasti, bagi mendapatkan syurga yang kekal abadi. good sharing 'chingu' :)

    ReplyDelete
  2. maka dari itu, kita haruslah mengingatkan diri dan sekeliling agr sentiasa m'ingatiNya .. Allah Rabbi ..

    ReplyDelete
  3. MasyaAllah..takot untuk membaca..tp perlu untuk diketahui..sesungguhnya Allah itu Maha Segalanya.. semoga kita akan terus beriman dan menjaga hati dan akhirnyer ke syurga yang abadi.. InsyaAllah...

    ReplyDelete